Kedai Web Kamek × Client Portal · FDZ Engineering Sdn. Bhd.
Kedai Web Kamek
Portal Update

Portal Klien Sedang Dikemaskini

Terima kasih atas kepercayaan FDZ Engineering Sdn. Bhd. Portal kami sedang dalam proses pengemaskinian — kami akan maklumkan apabila sedia.

Portal Klien Dalam Kemaskini

Pasukan kami sedang meningkatkan pengalaman Portal Klien anda. Anda akan diberitahu melalui WhatsApp atau e-mel apabila portal penuh telah sedia.

PORTAL UPDATE IN PROGRESS — YOU WILL BE NOTIFIED WHEN READY
✔ Pembayaran Penuh Diterima

Terima kasih kepada pihak FDZ Engineering Sdn. Bhd. atas pembayaran penuh bagi kedua-dua projek — Laman Web Rasmi & Dynamic Project Portfolio CMS. Resit rasmi bagi penutupan kedua-dua projek ini telah dihantar melalui e-mel untuk rekod tuan. Kami menghargai kepercayaan dan perkongsian perniagaan ini.

✦ Apa Seterusnya?

Segala maklumat lanjut, kemaskini projek, dan log pembangunan akan dipaparkan melalui Portal Klien ini apabila pengemaskinian selesai. Tidak perlu risau — kami sentiasa memantau di sebalik tabir.

Laman Web
7

Hari Sokongan Aktif

Pasukan kami aktif memantau laman web bagi mengesan sebarang isu teknikal (bug). Kami menggalakkan FDZ Engineering meneroka setiap halaman dalam tempoh ini. Sekiranya terdapat isu, sila maklumkan segera.

CMS — Fasa Beta
30

Hari Sokongan Beta

Dynamic Project Portfolio CMS berada dalam fasa beta selama 30 hari bermula hari ini. Pasukan kami memantau dari sebalik tabir. Kandungan boleh dihantar melalui Dropbox untuk diurus oleh pihak kami — lebih selamat sepanjang fasa ini.

Dropbox Submission Folder

Hantar Senarai Projek
& Senarai Pensijilan

Untuk sebarang kemaskini Senarai Projek atau Senarai Pensijilan, sila muat naik fail melalui Dropbox yang dikongsi. Pasukan kami akan menguruskan kemaskini ke dalam CMS bagi pihak FDZ Engineering — lebih selamat dan mudah sepanjang tempoh beta.

Senarai Projek Senarai Pensijilan Gambar / Dokumen
Buka Dropbox — Muat Naik Fail
Pautan Dropbox telah dikongsi melalui WhatsApp · Hubungi kami jika memerlukan semula
01
Sediakan Fail Anda

Sediakan senarai projek terkini atau sijil baharu dalam format Excel, Word, atau PDF. Pastikan maklumat seperti nama projek, lokasi, dan tarikh adalah lengkap.

02
Muat Naik ke Dropbox

Gunakan butang Dropbox di atas untuk memuat naik fail ke folder yang dikongsi. Anda boleh muat naik lebih daripada satu fail sekaligus.

03
Kami Uruskan Selebihnya

Pasukan kami akan mengesahkan fail, mengemas kini CMS, dan memaklumkan kepada anda apabila perubahan telah dipaparkan secara langsung di laman web.

ℹ Log Masuk CMS

Pihak FDZ tetap boleh log masuk ke admin CMS sekadar untuk mengesahkan akses berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi sebarang kemaskini kandungan, kami cadangkan ia dilakukan melalui pihak kami semasa tempoh fasa beta.

Kedai Web Kamek — Showcase Portfolio

Memandangkan laman web dan CMS ini juga menjadi sebahagian daripada portfolio showcase rasmi Kedai Web Kamek, kami mungkin akan menambah baik rupa visual (look & feel) laman web dari semasa ke semasa untuk meningkatkan pengalaman pelawat. Walau bagaimanapun, kami akan memastikan fungsi-fungsi utama seperti Project Map, carian Senarai Projek, dan Senarai Pensijilan sentiasa berfungsi pada tahap terbaik tanpa gangguan.

Sebarang pertanyaan atau permintaan? Hubungi kami terus.
Raphael Kassim — Kedai Web Kamek | Majetika Ventures
apel@kedaiwebkamek.my  ·  +60 11-1525 5798